Foreigner Workers

"boss semalam saya dapat offer ada satu kakak mari cakap sama saya,dia mahu bayar saya 2 kali gaji dalam 1 bulan.Hari-hari dia tengok saya buat kerja banyak rajin,boleh kah saya minta izin boss?"
Tanya salah seorang pekerja aku.

Aku terkedu dengar,pekerja kau orang nak ambil suka-suka weyh.Takkan lah kau nak lepaskan macam tu saja?
Bukan main susah kau jaga dia bagi makan,ajar dia pasal kerja.Ajar dia tentang layan pelanggan yang datang.Bukan sehari dua kau ajar dia.

Tiba-tiba,zappp ada orang nak ambik pekerja kau🤦🏻‍♀️*tepuk dahi

"Oh,yeke?Berapa dia bagi u sehari? Tempat tinggal makan macam mana pula?" balas aku dengan pertanyaan tanpa jawab dengan soalan dia tadi. 

"Dia sudah bagi phone number,dia kata kalau sudah berhenti kerja baru kasi tahu dari A sampai Z." Balas dia dengan yakin.

Haaa sudah,aku dah agak dah,taktik apa lah yang dorang pakai untuk budak-budak ni mengalah.Aku faham sangat.Bila dia berhenti kerja dekat sini.Dia takde pilihan nak kerja tempat lain.Dia kena ikut semua kehendak serta arahan tanpa alasan dan soalan.Ingat aku tak tahu ke?

Pekerja-pekerja ni nak datang balik dekat majikan lama mesti takut kena marah lah potong gaji lah. Itulah taktik diorang.Tarik daun pandan orang yang susah-susah tanam,bila dia dah ambik,Tak tahu nak letak mana😃.

Aku mampu balas dengan senyuman. Aku tahu banyak lalat persinggahan akan datang👍🏻

#menulis #fatimahmenulis
#suratcintadariprobashi
#suratcintadariforeignerworker

Comments

Popular posts from this blog

PEKERJA OH PEKERJA!!!

SITE WORK AT DATUM JELATEK!!!!

Emas Hilang!! Tajuddin Cuak