Emas Hilang!! Tajuddin Cuak

"Siti awak boleh turun sekarang tak dekat office,saya ada dekat sana,urgent" terdengar dihujung talian suara Taju Bhai agak cemas.

Aku capai tudung dan Annur yg berusia 3 bulan,cepat-cepat letak dalam stroller,usung keluar dari rumah tekan button lift ke bawah,dalam kepala otak tak fikir apa dah.

Mungkin dia eksiden,atau ada orang cuba kejar dia,sebab kita baru bukak bisnes restoran kan.
Allahu,apa sahaja yang berlaku tenangkan dia dan aku.
Doa aku dalam hati.

Sampai sahaja dekat office,
"Kenapa sayang?" Tanya aku dengan suara agak getar.

Dia pandang aku sambil tunjuk peti besi dia lalu menjawab" Rantai emas,loket ikan emas,subang emas gelang tangan hilang Siti!!"
"Saya letak sini,dekat sini,dalam safety box ni!!" Tegasnya lagi.

Aku terduduk dan diam,tak sangka,flight kami esok.Esok kami nak balik Bangladesh.Kami nak renew passport demi masa depan kami berdua.

Mata aku berair,dengan tenang aku balas" awak cuba cari betul2,situ sahaja ke awak simpan?"

" u know me right?i know where i put my things! Never at mistaken places.Did u know my passcode?" Tanya Taju bhai dekat aku

"How should i know?U never told me before,u just told me that u keep the jewel inside the safety box infront of your workers also.He also hear that" reply aku dekat dia.

Dah sudah,nak dijadikan cerita pekerja Tajuddin namanya Saiful dah lari kerja dekat tempat lain.2 hari sebelum kejadian emas ni hilang.Tak syak ke apa2?

Dia sorang sahaja duduk office settle rental bilik dan rumah serta bil api air.
Dan dia selalu perhatikan Taju bhai tekan safety box walaupun Taju bhai cover.

Aku sampai sekarang tak tahu password safety box tu😂.Haish!!!

Kami berdua tak menuduh tanpa bukti dekat Si Saiful tu,tapi akhirnya tahun 2019 masa dia nak balik Bangladesh sbb dia sakit dia mengaku yang dia ambik barang kemas tu serta duit rent bilik dalam lebih kurang RM1500.

Sebab tu aku tulis nama dia Saiful !!!! Aku dan Taju Bhai sampai mati tak halalkan sesen.
Aku sedih,marah benci semua perasaan bergaul.

Allah sahaja yang tahu macam mana perasaan aku time tu.

#menulis #fatimahmenulis
#readandwrite #letterfromthemtous
#truestory #trueevents
#kisahbenar #kisahmereka #kisahdiadankami
#suratcintadariprob

Comments

Popular posts from this blog

PEKERJA OH PEKERJA!!!

SITE WORK AT DATUM JELATEK!!!!